Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah Keselamatan Negara Ke SUK Perak. 8 Februari 2021.
YBhg. Ketua Pengarah Keselamatan Negara ketika mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat SUK Perak
IPOH, 8 Februari 2021- YBhg. Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), Datuk Haji Mohd Rabin bin Haji Basir telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Dalam kunjungan tersebut, dua sesi perbincangan telah diadakan mengenai isu-isu keselamatan di Negeri Perak.
Sesi pertama perbincangan itu diadakan bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan diteruskan bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad untuk sesi kedua.
Hadir sama menemani kunjungan itu, Ybrs. Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Tuan Khairul Ridzuan bin Haji Mat Said.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.