Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Langkah Proaktif Kerajaan Negeri.: 8 Mac 2020.
YAB Menteri Besar Perak bersama wakil kakitangan Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2021
IPOH, 8 MAC 2020 - YAB Menteri Besar Perak, Dato' Saarani Mohamad mengumumkan langkah proaktif Kerajaan Negeri Perak dengan menubuhkan Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (SPW).
SPW ditubuhkan sebagai satu institusi khusus untuk menyelaras dasar dan pelaksanaan inisiatif berkaitan pembangunan wanita, kebajikan masyarakat dan kesejahteraan sosial secara bersepadu di peringkat negeri.
Pengumuman itu dibuat melalui perutusan YAB Menteri Besar Perak Sempena Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2021.
Beliau turut menekankan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan tenaga wanita dalam sektor penting dalam kerajaan.
“Golongan wanita adalah tonggak dan aset penting kepada negara khususnya Negeri Perak.
"Populasi wanita Perak adalah 49.4% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Kerajaan mensasarkan untuk mencapai 30% wanita di peringkat pembuat keputusan dan mencapai 55% Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB)," katanya.
Hadir sama dalam majlis tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin dan YB Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Kebajikan, Masyarakat dan NGO, Datuk Dr Wan Norashikin binti Wan Noordin.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Perak turut diserikan lagi dengan gimik penyerahan kuntuman bunga ros kepada pegawai dan kakitangan wanita di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.