Skip to main content

YAB Menteri Besar Perak Lancar Program Seronok Beraya.: 16 April 2021

raya1

YAB Menteri Besar Perak ketika berucap di majlis tersebut

LENGGONG, 16 April 2021- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad telah melancarkan Majlis Pelancaran Program Seronok Beraya Peringkat Negeri Perak 2021 bersama 100 anak yatim di Dewan Kompleks Komuniti Desa KEMAS Lenggong.

Program ini bertujuan meringankan beban asnaf, anak yatim dan ahli keluarga B40 dengan memberi bantuan keperluan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Majlis ini diberkati dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran daripada Muhammad Hazim Khuzairi, murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampar. Beliau ialah Johan Pertandingan Tilawah Peringkat Negeri.

Turut hadir YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin serta Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (WANITA PERAK), Puan Srihartini Shamsudin.

“Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM465,000.00 untuk pemberian khas bantuan hari raya berjumlah RM150.00 setiap seorang untuk pelaksanaan program ini yang menyasarkan seramai 3,100 orang penerima di seluruh negeri Perak. Setiap penerima akan menerima set baju kurung, baju melayu, tudung, samping, songkok dan biskut raya,” ujar YB Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin semasa berucap di majlis itu.

WANITA PERAK dengan kerjasama jabatan / agensi iaitu Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Lenggong dan Majlis Daerah Lenggong (MDLG) bersama membantu menjayakan program ini. Untuk merealisasikan tujuan program ini, Pasaraya Sakan ditugaskan untuk mengagihkan pemberian bantuan ini kepada 59 Dun di seluruh Perak.

YAB Menteri Besar Perak dalam ucapan beliau turut mengingatkan pengunjung dan peniaga bazaar Ramadan supaya sentiasa patuh kepada garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.