Skip to main content

Sesi Penyerahan Cek Bantuan Sumbangan Kebajikan Bekas Atlet Negeri Perak.

YB Khairul Shahril bergambar bersama penerima cek bantuan sumbangan kebajikan bekas atlet negeri Perak.

IPOH, 3 Ogos 2021 : YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Encik Khairul Shahril bin Mohamed menyampaikan cek bantuan sumbangan kebajikan bekas atlet negeri Perak

Seramai dua orang bekas atlet negeri Perak menerima sumbangan tersebut di bawah Program Majlis Sukan Negeri Perak (MSN).

Penerima pertama merupakan Puan Rajiah Baegum binti R Abdul Hamid yang telah mewakili negeri Perak dalam sukan hoki wanita dengan pengalaman hampir 10 tahun. Beliau menerima sumbangan cek bantuan kebajikan sebanyak RM3,000 bagi membantu beliau meneruskan kelangsungan hidup.

Puan Rajiah Baegum binti R Abdul Hamid seorang penghidap penyakit kulit, sendi dan hati merupakan bekas atlet Perak yang pernah mengharumkan nama negeri dalam pelbagai pertandingan antaranya Malaysia Women’s Hockey Championships Interstate 1978, Pesta Pulau Pinang 7 Side 1979 (johan), Sri Lanka Friendly Match At Selangor Club Padang 1980 dan Pesta Pulau Pinang 7 Side 1981 (kedua).

Penerima kedua merupakan Puan Normadiah binti Abdullah yang telah mewakili pasukan Petanque Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Perak. Beliau yang menghidapi penyakit angin ahmar pernah mewakili Malaysia pada tahun 2005,2007 dan 2009 dalam Temasya Sukan Sea.

Beliau juga pernah menjadi jurulatih dan pemain bagi Pasukan Pentaque Kementerian Kesihatan Negeri Perak.

Semoga bantuan sumbangan kebajikan tersebut dapat meringankan sedikit beban kedua-dua bekas atlet itu dalam mengharungi wabak pandemik COVID-19 ketika ini.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.