BKP Juarai Pertandingan Tenpin Bowling Bersama YB SUK Perak.
Puan Nursyamimi binti Supadi dari Bahagian Khidmat Pengurusan telah menjuarai kategori wanita individu.
IPOH, 10 Disember 2021- Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) menjuarai Program Pertandingan Tenpin Bowling, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Warga Kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Selain itu, Naib Johan telah dirangkul oleh Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Pejabat Menteri Besar di tempat Ketiga.
Pertandingan yang diadakan bertempat di Ipoh Bowl, Kinta City kerjasama Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) dan urusetia BKP itu telah dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
Ia juga telah disertai oleh seramai 84 peserta terdiri daripada 14 bahagian jabatan.
Antara objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk menghargai peranan tugas kerja di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan serta menyemarakkan semangat kesukanan.
Pada masa yang sama, bagi kategori individu, Encik Faiz Miza bin Yop Zain dari BKP telah menjuarai kategori lelaki dan Puan Nursyamimi binti Supadi dari BKP telah menjuarai kategori wanita.
Hadir sama, YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun yang juga merangkap sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN); YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan dan YB Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.