Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Lancar Waqaf 365.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan bergambar tetamu yang hadir.

IPOH, 13 Mei 2022- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan Program WaQaf 365 di Hotel Impiana di sini.

WaQaf 365 merupakan program di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak Sdn. Bhd. (PSB), iaitu syarikat penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Program itu dilihat sebagai sebuah medium bagi umat Islam untuk berwakaf secara tunai sepanjang tahun dengan teknologi dalam talian melalui sistem Infaq-Pay yang mudah, berterusan dan sistematik selain daripada potongan gaji bulanan.

YBhg. Pengerusi PSB, Dato' Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin dalam ucapannya berkata WaQaf 365 memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk berwakaf berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing. 

"Melalui saluran perwakafan Infaq-pay dan disusuli dengan konsep dapat mendekatkan pewakaf untuk berwakaf secara ‘direct debit’ setiap bulan atau secara one-off, PSB mensasarkan 10,000 pewakaf atau  jumlah kutipan RM3.6 juta setahun.

"Pemilihan ‘365’ adalah simbolik sebagai mesej kepada semua umat Islam bahawa amalan berwakaf ini boleh dilaksanakan setiap hari dan sepanjang tahun," katanya.

Hadir sama ke majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zulazlan Abu Hassan serta YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi serta Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ujar YBhg. Dato' Dr. Mohamad Hashim lagi, pihaknya mengajak seluruh masyarakat khususnya agensi kerajaan dan swasta, pemain industri kewangan Islam, syarikat amanah dan pengurusan pusaka, agamawan tampil ke hadapan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan menjayakan program WaQaf 365. 

"Seluruh masyarakat diajak tampil menghulurkan sumbangan melalui program ini baik dari material, perkhidmatan, pemikiran dan tenaga masa agar wakaf dapat berperanan efektif untuk membangunkan taraf sosio ekonomi ummah.

"Selain itu, PSB juga akan melancarkan program Amanah Lil Wakaf bersama rakan strategik iaitu syarikat takaful dan syarikat  amanah dan pengurusan pusaka untuk mempelbagaikan saluran untuk berwakaf melalui tunai dan bukan tunai," ujarnya lagi.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.