Pertubuhan GMPK Jemput Pelajar Lawat Dewan Negeri Perak.
YB Dato’ Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid menyampaikan pembentangan mengenai latar belakang Dewan Negeri Perak kepada para pelajar.
IPOH, 27 September 2022- Seramai 30 orang pelajar dari pelbagai universiti tempatan dijemput oleh Pertubuhan Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk) untuk mengadakan lawatan ke Dewan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, petang ini.
Perjumpaan tersebut dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi GMPk, Dr. Ahmad Zaid Ismail yang juga merangkap Ahli Dewan Belia diikuti dengan pembentangan latar belakang Dewan Negeri Perak oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir Dato’ Abdul Khalid.
Pada lawatan tersebut, para pelajar berkesempatan untuk mengadakan sesi dialog bersama YB Dato' Mohammad Zahir Dato' Abdul Khalid sebelum meneruskan lawatan ke Dewan Negeri Perak.
Ketika lawatan di Dewan Negeri Perak, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata sebagai tanda penghargaan.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.