Skip to main content

Kejohanan Tenpin Bowling Antara Daerah Sempena Ulang Tahun DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tahun 2022.

Pasukan Istana Kinta Perak Darul Ridzuan ketika menerima hadiah johan keseluruhan.

IPOH, 15 Januari 2023- Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Perak Tenpin Bowling Association (PTBA) telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Antara Daerah Sempena Ulang Tahun DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2022 di Ipoh Bowl, Rooftop Kinta City Shopping Centre (AEON) di sini.

Kejohanan selama dua hari itu telah berlangsung pada 14 dan 15 Januari dan telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Sebanyak tujuh acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini dan yang paling mencuri tumpuan adalah kategori VVIP Lelaki dan Wanita yang menyaksikan pertembungan diantara Pasukan Istana Kinta Perak Darul Ridzuan menentang Pasukan YAB Menteri Besar Perak.

Selain itu, kejohanan tersebut mempertaruhkan hadiah bagi kategori Remaja Lelaki dan Perempuan Antara Daerah; Dewasa Lelaki dan Perempuan Antara Daerah; Jemputan VIP Antara Pegawai Daerah; Cilik lelaki dan Perempuan Antara Daerah.

Bagi keputusan rasmi kategori VVIP Lelaki, pertandingan telah dimenangi oleh Pasukan Istana Kinta Perak Darul Ridzuan.

Melalui kategori tersebut, jatuhan pin tertinggi atau high game telah dimenangi oleh Encik Asmirul Raiza daripada Pasukan Istana Kinta, manakala bagi Anugerah Pemain Harapan berjaya diperolehi YBrs. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Tuan Haji Yahanis Yahya yang mewakili Pejabat YAB Menteri Besar Perak.

Manakala bagi kategori VVIP Wanita telah dimenangi oleh Pasukan YAB Menteri Besar Perak dan bagi jatuhan pin tertinggi berjaya diperolehi Cik Syaidatul Afifah Badrul Hamidi yang merupakan bekas Ratu Tenpin Bowling Negara mewakili Pasukan Istana Kinta dan Anugerah Pemain Harapan VVIP Wanita berjaya dimenangi oleh YBhg. Datin Khairiyah Abdul Kadir.

Bagi kategori Jemputan VIP yang menyaksikan pertembungan antara pegawai daerah telah berkesudahan dengan keputusan berpihak kepada YBrs. Pegawai Daerah Kinta, Encik Meor Hezbullah Meor Abdul Malek bagi tempat pertama dan diikuti oleh YBrs. Pegawai Daerah Kampar, Encik Nazrul Fazami Mohamad serta YBrs. Pegawai Daerah Kerian, Encik Mohd Sabli Bakri bagi tempat kedua dan ketiga.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Ahli-Ahli Dewan Negeri; YDH Presiden PTBA, Toh Indera Jaya Dato’ Haji Ishak Haji Mohamed; Ahli-Ahli Dewan Negera Negeri Perak serta Orang-Orang Besar Jajahan Negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.