Skip to main content

YAB Perdana Menteri Rasmi Sambutan Hari Landskap Negara 2023 Di Taman Dr. Seenivasagam.

Pelaksanaan Malaysia MADANI harus menitikberatkan keseimbangan komuniti supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai oleh semua golongan masyarakat.

IPOH, 11 Mac 2023- YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) yang berlangsung di Laman Sejahtera, Taman DR. Seenivasagam, pagi ini.

Dalam ucapannya, pelaksanaan Malaysia MADANI harus menitikberatkan keseimbangan komuniti supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai oleh semua golongan masyarakat.

“Antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan, ada taman-tamannya untuk rakyat keseluruhannya.

“Ini kerana mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak hanya terkenal dengan bangunan tinggi semata-mata namun ia perlu keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat bawahan,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis PBT di seluruh negara supaya meneliti semula pelan pembangunan mereka agar misi pembangunan seimbang itu dapat dijayakan.

Tambahnya lagi, kerajaan juga akan memastikan konsep pembangunan dalam negara di tambah baik, dengan hak serta kepentingan rakyat sentiasa terpelihara.

Bertemakan ‘Landskap Berkualiti Malaysia Madani’ penganjuran HLN 2023 turut dimeriahkan dengan penglibatan 31 pameran landskap dan 14 laman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.

Penganjurannya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap selain menyebarluas kepentingan landskap melalui program pembangunan landskap yang komprehensif.

Hadir sama, YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming; YB Menteri Sumber Manusia, Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu; YB Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir; YB Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr. Penguang anak Manggil; YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Sandrea Ng Shy Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Tuan Roslee Abdullah.

Dalam perkembangan yang sama, sejenis spesis orkid hibrid baharu yang dinamakan sempena nama YAB Perdana Menteri iaitu Aranda PMX- Anwar turut diumumkan di majlis perasmian tersebut.

Aranda PMX-Anwar merupakan kacukan induk betina, Aranda Tecnokraft, yang merupakan hibrid orkid integenerik daripada kacukan Aranda Khaw Phaik Suan dan Vanda Memoria Choo Lalkeun, manakala induk jantan, Aranda Sayan, juga adalah hibrid orkid integenerik berwarna kuning kacukan di antara Vanda Medasand dan orkid liar Arachnis hookeriana.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.