Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baru Cina.

Seramai 158 orang ketua kampung baru cina telah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
IPOH, 12 April 2023- Seramai 158 orang ketua kampung baru cina telah dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bagi menguruskan hal ehwal komuniti tempatan dalam kawasan masing-masing.
Pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kampung Baru Cina Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
“Pelantikan ketua-ketua kampung ini tidak mudah kerana mereka merupakan wakil masyarakat yang berada paling hampir dengan orang ramai.
“Sebab ketua kampung ini berada di kampung tiap hari minum kopi bersama masyarakat. Sebab itu, pemilihan ketua kampung ini perlu memenuhi kelayakan yang tertentu.
“Mereka perlu prihatin menjadi pendengar dan mahir berkomunikasi dengan warga tempatan,” jelas YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad dalam ucapannya.
Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina, Encik Woo Kah Leong dan Pengarah Bahagian Kampung Baru, Encik Lim Shean Lee.
Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar oleh semua ketua kampung baru cina yang telah dilantik ini dan diketuai oleh Ketua Kampung Baru Kamunting, Encik Ng Leong Wei.
Sumber : Korporat, SUK Perak.