YAB Menteri Besar Perak Lancar Program E-Juwita.
YAB Menteri Besar Perak ketika melakukan gimik pelancaran
LENGGONG, 8 September 2023 - YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad hari ini telah melancarkan Program E-Jualan Wanita (E-Juwita) Negeri Perak di Dewan Orang Ramai, Kampung Raban, di sini
Fokus utama program tersebut adalah untuk membangunkan usahawan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan untuk memasarkan produk memasarkan produk mereka melalui platform digital seperti Lazada, Shoppe, Tiktok dan sebagainya.
Program E-Juwita akan dijalankan di 24 buah parlimen di negeri Perak melalui Pusat Ekonomi dan Digital (PEDi) yang terpilih di mana ia akan memberi manfaat kepada 720 orang usahawan wanita.
Selain itu, modul yang digunakan dalam program tersebut akan dilaksanakan oleh IGB Training & Consultancy yang merupakan Pusat Latihan Kemahiran dan antara modul yang diterapkan adalah Business Model Canvas (BMC); Penjenamaan dan Pembungkusan; Content Marketing serta Trade and Branding.
Antara agensi pelaksana yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak), Sekretariat Pembangunan Usahawan (STEP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Perak.
Hadir sama dalam program tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Negeri, Puan Salbiah binti Mohamed; YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Encik Azlan Helmi bin Helmi; YBrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, Encik Mohd Amzari bin Mohd Arzami; YBrs. Pengarah Wanita Perak, Puan Jamilah binti Zakaria serta YBrs. Pengarah STEP, Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razali.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.