Lawatan Kerja Ketua Pengarah MAMPU Ke Pejabat SUK Perak.

Ketibaan YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad telah disambut oleh Encik Mohamad Fadzli bin Haji Tarmizi dan Puan Anita binti Amri.
IPOH, 3 Oktober 2023 - Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad bersama delegasinya telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, SUK Perak, Encik Mohamad Fadzli bin Haji Tarmizi dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Korporat, SUK Perak, Puan Anita binti Amri.
Lawatan kerja tersebut dimulakan dengan sesi tandatangan buku tetamu diiringi oleh Encik Mohamad Fadzli bin Haji Tarmizi.
Seterusnya, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemodenan Pentadbiran Awam (JPPA) Bilangan 2 Tahun 2023.
Hadir sama, YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (TPP) MAMPU, Tuan Lornie Enggong; YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (ICT), Puan Dr. Fazidah binti Abu Bakar dan YBrs. Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Dr. Yap Hock Ann.
Terdahulu, beliau bersama delegasi turut berkesempatan untuk menghadiri jamuan makan malam bersama YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman serta para Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua-ketua jabatan di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan Perak.
Sumber : Korporat, SUK Perak.