Skip to main content

Majlis Santapan Diraja Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 1445h/2023m.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan baginda Tahun 1445H/2023M

KUALA KANGSAR, 4 November 2023 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli hadir ke Majlis Santapan Diraja sempena Hari Keputeraan baginda tuanku Tahun 1445H/2023M di Istana Iskandariah, di sini.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid; YAA Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat; YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Ling Kang; YBhg. Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh; Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; YDH. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Razarudin bin Husain; YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Parlimen; Ahli-ahli Dewan Negara Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.