DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka Puasa Daerah LMS.
DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkesempatan beramah mesra bersama jemaah yang hadir
SELAMA, 25 Mac 2024 - DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Larut, Matang dan Selama di Masjid Ar- Rashidiah, di sini.
Keberangkatan tiba baginda pada jam 7.00 malam itu telah disambut oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Encik Khairudin bin Abu Hanipah yang mewakili YAB Menteri Besar Perak.
Hadir sama, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YABhg. Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Haji Wan Mohd Razali; YB Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Selama, Encik Mohd Akmal bin Kamarudin; YBrs. Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Encik Mohd Nasrul bin Menhat serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Pada majlis tersebut, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkenan berbuka puasa bersama lebih 300 orang jemaah dan menunaikan solat Maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak serta solat Tarawih.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.