Mesyuarat Khas Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Pegawai Daerah.
Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang itu disertai oleh YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip
IPOH, 10 Mei 2024 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Pegawai Daerah (SSDO) Bilangan 2/2024 di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampong Gajah.
Mesyuarat yang bermula pada jam 3.00 petang itu disertai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip dan pegawai-pegawai daerah di seluruh negeri Perak.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi fokus dalam pencapaian hasil negeri dan matlamat serta hala tuju negeri Perak dalam pelaksanaan Program Perak Sejahtera 2030.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun; Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Puan Nuruljaswa binti Abd Hamid dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), SUK Perak, Encik Mohd Azraei bin Harun.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.