Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Sanjungan Budi PDT Kuala Kangsar Dan Sungai Siput.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan ucapan.
IPOH, 31 Mei 2024 -YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim hadir bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 serta Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Kangsar dan Sungai Siput di Galasa Caldwell, di sini.
YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dalam ucapan perasmiannya berkata, program sebegini amat penting untuk diadakan bagi memberi penghormatan kepada sebahagian kita yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.
“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima pada hari ini, dan kepada yang tidak menerima anugerah, bukan bermakna anda tidak cemerlang tetapi berdasarkan polisi serta dasar yang ditetapkan, hanya lapan peratus sahaja yang boleh kita iktiraf bagi menerima APC.
“Bagi mereka yang menerima pengiktiran ini, saya berharap agar momentum kecemerlangan mereka dapat diteruskan lagi,” katanya.
Pada majlis tersebut, seramai 16 orang warga kerja PDT Kuala Kangsar dan Sungai Siput menerima APC 2023, 16 orang penerima Anugerah Tokoh Pegawai Daerah dan 143 orang penerima Anugerah Terampil 2023.
Anugerah tersebut diberikan bagi menghargai komitmen, jasa dan sumbangan kakitangan PDT Kuala Kangsar dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Sesi penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Hadir sama, YBrs. Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Encik Muhammad Nazri bin Abdullah; YBrs. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Bahagian Pengurusan Tanah, Cik Syurina binti Shapial; YBrs. Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput, Encik Azhar bin Alias serta ketua-ketua jabatan PDT Kuala Kangsar dan Sungai Siput.
Sumber : Korporat, SUK Perak.