Majlis Bacaan Yasin Dan Kenduri Ibadah Korban YB SUK Negeri Perak.
Bacaan Yasin diketuai oleh Encik Mohamad bin Hashim dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
IPOH, 21 Jun 2024 – Dianggarkan seramai lebih 500 orang ahli Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Kenduri Ibadah Korban YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak anjuran KESEDAR di Bangunan Perak Darul Ridzuan
Majlis yang dimulai kira-kira jam 10.40 pagi itu dimulai dengan bacaan Yasin diketuai oleh Encik Mohamad bin Hashim dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Yang Dipertua KESEDAR, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman merangkap Naib Yang Dipertua KESEDAR dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun.
Pada tahun ini, KESEDAR telah menerima seekor lembu yang disumbangkan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim sempena Hari Raya Aidiladha.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.