YB SUK Rasmi Majlis Penyampaian APC 2023 & Sanjungan Budi PDT Manjung.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan ucapan.
IPOH, 27 Jun 2024 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim hadir bagi merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sanjungan Budi, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung di Dewan Casuarina Convention Centre 3, di sini.
Pada majlis tersebut, seramai 11 orang kakitangan PDT Manjung telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dan 11 orang lagi menerima Anugerah Khas Pegawai Daerah.
Anugerah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap prestasi cemerlang warga kerja PDT Manjung di samping menjadi bentuk motivasi untuk mereka terus melaksanakan yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Sesi penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Hadir sama, YBrs. Pegawai Daerah Manjung, Encik Shamsul Ridzuan bin Idris; YBrs. Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Manjung, Puan Norhaidah binti Riboet; YBrs. Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Manjung, Encik Mohd Amirudin bin Kesmiran serta ketua-ketua jabatan PDT Manjung.
Pada majlis tersebut, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim turut berkesempatan menandatangani plak sebagai simbolik pengiktirafan kepada PDT Manjung atas kejayaan mereka memperoleh markah sebanyak 91.92% bagi penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2023.
Untuk makluman, Penarafan Bintang SSR adalah sebagai inisiatif dalam usaha mewujudkan satu standard dalam sistem pentadbiran tanah.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.