Skip to main content

Lawatan Kerja Gabenor Wilayah Yala, Thailand Ke Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tetamu yang hadir bergambar di hadapan UNITI Republic @ Fusion Food

PENGKALAN HULU, 18 November 2024 – Kerajaan Negeri Perak menyambut baik kehadiran delegasi Yala, Thailand yang mengadakan lawatan kerja ke Perak Darul Ridzuan pada 18 November sehingga 19 November 2024.

Lawatan Delegasi Yala, Thailand yang melibatkan seramai 23 orang ini diketuai oleh Gabenor Wilayah Yala iaitu Mr. Ampon Pongsuwan.

Delegasi turut melibatkan Persatuan Red Cross Yala yang diketuai oleh pengerusinya iaitu Mrs. Chaluai Pongsuwan merangkap isteri kepada Gabenor Wilayah Yala.

Hadir sama, Naib Gabenor Wilayah Yala, Mr. Aumnat Chouthong; Timbalan Gabenor Wilayah Yala, Mr. Olan Bildsun; Ketua Pejabat Wilayah Yala, Mr. Kiattisak Maneerat; Pegawai Perhubungan Awam Wilayah Yala, Miss Jammaree Anurata; Pengarah Perhubungan Komersial Wilayah Yala, Mrs. Phussadee Jaycharoen; Pegawai Kebudayaan Wilayah Yala, Mrs. Sunisa Younising; Pengarah Pejabat Pertanian Wilayah Yala, Mr. Kasman Yamalee, Pegawai Ketua Daerah Betong, Mr. Amorn Chumchauy dan Datuk Bandar Betong, Mr. Sagoon Lenglakkun.

Ketibaan delegasi di kawasan pintu masuk sempadan antara Pengkalan Hulu, Perak dan Betong, Thailand telah disambut oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pengkalan Hulu, Encik Safuan bin Saleh; Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Cik Nur Ashqrun binti Samsuri dan Penghulu PDT Pengkalan Hulu, Encik Ananthirawit A/L Prawat.

Sebaik tiba, delegasi telah dibawa ke Kuil Phikul Bunyaram, Kampung Tasek bagi melawat perkampungan Siam dan bersembahyang bersama penduduk setempat.

Seterusnya adalah kunjungan hormat ke Pegawai Daerah Hulu Perak, Encik Mohamad Fitri bin Hassan di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik.

Hadir sama, Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Dato' Ar. LA Meor Roslan bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi.

Setelah itu, lawatan diteruskan ke Tanjung Tualang, Batu Gajah.

Delegasi berkesempatan melawat produk pelancongan negeri Perak antaranya Kapal Korek Warisan Negara iaitu Kapal Korek TT5, Tanjung Tualang Nombor 5 (TT5) dan TT5 Maze Park, Taman Pagar Sesat, ESCAPE Ipoh dan Galeri Rumah Lat.

Hadir sama, Orang Besar Jajahan Kampar, YDH. Toh Sedewa Raja Dato' Abdul Talib bin Abd. Fahmi; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Cik Nurmalis binti Musa; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak, Encik Mohamad Amir bin Mohd Dahalan dan Pengurus Pengurusan Pelancongan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.), Encik Shaharin bin Zainon.

Mengakhiri lawatan pada hari pertama adalah perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bersama Gabenor Mr. Ampon Pongsuwan di UNITI Republic @ Fusion Food.

Hadir sama, isteri kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YBrs. Pegawai Daerah Kinta, Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori; ketua-ketua jabatan SUK Perak dan wakil-wakil agensi.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.