Skip to main content

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JKM Ke Atas YAB Menteri Besar Perak.

YAB Menteri Besar Perak ketika menerima kunjungan hormat dari YBhg. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

IPOH, 7 Januari 2025 - YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Ketibaan beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan disambut oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), dan YBrs. Puan Nor Tipah binti Majin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak.

Pertemuan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan JKM, selain membincangkan inisiatif kebajikan baharu serta strategi memperkasakan sokongan kepada golongan yang memerlukan di negeri Perak.

Selepas sesi tersebut, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan turut meneruskan sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Diharapkan hasil pertemuan bermakna ini dapat memperkukuh sinergi antara Kerajaan Negeri Perak dan JKM dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dan diperkasakan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Rabu 25 Februari 2026, 23:34:53.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.