Skip to main content

Majlis Malam Gala Kesedar 2025.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

IPOH, 20 Februari 2025 – YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak menghadiri Majlis Malam Gala Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) 2025 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketibaan beliau diiringi oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Yang Dipertua KESEDAR; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Naib Yang Dipertua KESEDAR dan Puan Hajah Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

Hadir sama, Encik Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.

Pada malam berkenaan, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad turut menyampaikan hadiah kepada pemenang rumah sukan sempena Karnival Sukan KESEDAR 2023/2024.

Johan telah dirangkul oleh rumah sukan Royal Blue Knight (biru) dibawah nanungan YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan ketua rumah sukan iaitu Puan Anita binti Amri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat.

Manakala, naib johan pula telah dimiliki oleh rumah sukan Murasaki (ungu) dibawah naungan YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman dan ketua rumah sukan iaitu Encik Mohd Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Seterusnya, tempat ketiga telah dimenangi oleh rumah sukan Shadow Hunter (jingga) dibawah naungan YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan ketua rumah sukan.

Kemudiannya, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang Program Trim & Fit Perak Sejahtera 2030@KESEDAR.

Bagi kategori lelaki 40 tahun ke atas, johan dirangkul oleh Encik Rizalman bin Osman, Pembantu Awam (Pengurusan Bangunan), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dengan penurunan sebanyak 11.30 kilogram (kg).

Bagi kategori lelaki 40 tahun ke bawah, johan dirangkul oleh Encik Faiz Miza bin Yop Zain, pembantu akauntan (akaun), BKP dengan penurunan sebanyak 15.10kg.

Bagi kategori wanita 40 tahun ke atas, johan telah dirangkul oleh Puan Jaspal Kaur A/P Lal Singh, Ketua Pembantu Tadbir, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dengan jumlah penurunan sebanyak 9.70 kg.

Bagi kategori wanita 40 tahun ke bawah, johan telah dirangkul oleh Puan Atiqah Yasmin binti Aziz, pembantu tadbir (P/O) (Keselamatan), BKP dengan jumlah penurunan sebanyak 11.70 kg.

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 manakala naib johan adalah RM2,000 dan tempat ketiga adalah RM1,000.

Kategori organisasi terbaik telah dimenangi oleh Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00.

Malah, insentif RM200.00 juga diberikan kepada 46 orang peserta yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima peratus. Insentif ini merupakan sumbangan dari YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Penyampaian terakhir pada malam tersebut adalah penyampaian insentif kemenangan Sukan SUK Se-Malaysia ke-9 Terengganu tahun 2024.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad menyampaikan insentif kepada pemenang yang berjaya rangkul pingat emas iaitu pasukan Golf sebanyak RM5,500 dan pasukan Bola Jaring sebanyak RM9,000.

Manakala, pingat perak pula adalah pasukan Bola Sepak sebanyak RM9,000 dan seterusnya pingat Gangsa kepada pasukan Boling Padang sebanyak RM3,800.

Penyampaian penghargaan rakan penaja turut disampaikan kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.