Kunjungan Hormat Pengurusan Institut Integriti Malaysia Ke Atas YB SUK Perak.
YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Rahman bin Mohd Din.
IPOH, 26 Mei 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Institut Integriti Malaysia (IIM) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Delegasi tersebut diketuai oleh Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif.
Hadir sama, Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Ketua Pegawai Sektor Korporat; Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Strategik; Puan Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara; Encik Mohd Rais bin Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan; Encik Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam; Puan Zarina binti Mohd Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti; Encik Nik Muhammad Faris bin Nik Abdul Rahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif serta Cik Wan Nur Adila binti Wan Hamdan, Pegawai Komunikasi Strategik, Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara.
Kunjungan ini bertujuan bagi memperkukuh hubungan strategik antara IIM dan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha mempertingkatkan tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam negeri.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.