Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak

YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria menandatangani buku pelawat sempena kunjungan hormatnya ke atas YB SUK

YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria menandatangani buku pelawat sempena kunjungan hormatnya ke atas YB SUK

IPOH, 3 Jun 2025 – YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Perak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri melalui PPN Perak dan SUK Perak dalam pelaksanaan agenda pembangunan negeri, selaras dengan matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal dan sosioekonomi negeri telah dibincangkan, termasuk penyelarasan projek-projek strategik, pemantapan tadbir urus serta sokongan berterusan kepada inisiatif kerajaan negeri.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh sinergi antara kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam memastikan kelangsungan pembangunan yang mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.