Majlis Santapan Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Tenpin Boling Antara Daerah Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat ke Majlis Santapan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Tenpin Boling Antara Daerah Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2025.
TANJUNG MALIM, 27 Julai 2025 – DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Tenpin Boling Antara Daerah Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di UPSI Sports Bowl, di sini.
Majlis yang penuh bermakna itu turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YTM Tunku Dato' Seri Kamel bin Tunku Rijaludin; YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak;
Turut hadir YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Dewan Negeri, Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak, YBhg. Profesor Dato' Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI; YDH Toh Indera Jaya Dato' Haji Ishak bin Haji Mohamed, Presiden Persatuan Tenpin Boling Malaysia (PTBA) serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Sebelum majlis penyampaian hadiah, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pasukan YAB Menteri Besar dan Pasukan Istana.
Perlawanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan itu bukan sahaja menjadi medan persaingan yang sengit, tetapi juga memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pasukan.
Selesai perlawanan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah, di mana Pasukan Istana muncul juara bagi kategori berpasukan, manakala Pasukan YAB Menteri Besar menduduki tempat kedua, memperlihatkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan yang tinggi di kalangan peserta.
Bagi kategori individu wanita, High Game berjaya diraih oleh YBrs. Puan Emma binti Ahmad Anajmi dari Pasukan YAB Menteri Besar yang sekaligus muncul sebagai juara wanita, diikuti oleh YBrs. Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan dari Pasukan Menteri Besar di tempat kedua, dan YBrs. Cik Noor Shaabira binti Amir dari Pasukan Istana di tempat ketiga.
Manakala bagi kategori individu lelaki, High Game jatuh kepada YBrs. Encik Mohd Sazfary bin Mohd Saad dari Pasukan Istana, Johan dimenangi oleh YBhg. Dato' Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria dari Pasukan YAB Menteri Besar, tempat kedua diraih oleh YBrs. Encik Zulkefli bin Abdullah dari Pasukan Menteri Besar dan tempat ketiga oleh YM Raja Jalil bin Raja Ziad dari Pasukan Istana.
Kesemua hadiah bagi pemenang dalam pertandingan ini telah disampaikan oleh DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang para peserta dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan yang sihat, tetapi juga berfungsi sebagai platform utama untuk mempereratkan hubungan antara pemimpin negeri dan pelbagai pihak yang terlibat, sekaligus mengukuhkan semangat kesukanan serta perpaduan dalam kalangan semua peserta.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.