Skip to main content

Program Mesra HBP Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2025.

YAB Menteri Besar Perak ketika Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ke-7 Tahun 2025.

IPOH, 29 September 2025 - Kerajaan Negeri Perak meneruskan iltizam untuk mendekati rakyat secara langsung melalui penganjuran Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ke-7 Tahun 2025 yang diadakan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), di sini.

YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak berkata, ini merupakan kali ketiga HBP diadakan di Ipoh tahun ini.

"Pada hari ini, sebanyak 167 aduan telah diterima, meliputi pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Sehingga Siri Keenam sebanyak 773 aduan diterima, dengan 701 aduan (91%) selesai, manakala 72 aduan (9%) masih dalam tindakan.

"Ini jelas menzahirkan kesungguhan Kerajaan Negeri memastikan perkhidmatan awam sentiasa dekat di hati rakyat tanpa mengira latar belakang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 TAHUN 2025.

Hadir sama , YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Ujar YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad lagi, HBP kali ini menampilkan 106 kaunter khidmat pelanggan, 5 kaunter bergerak serta 10 reruai pameran.

"Turut disediakan Jualan Murah dan Jualan Rahmah bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan dan dalam masa yang sama membantu meringankan kos sara hidup.

"Penganjuran kali ini turut menampilkan aktiviti senamrobik, di samping sesi Pocket Talk: Mental Health oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak serta Pocket Talk: Pelan Perak Sejahtera 2030, untuk meningkatkan kesedaran kesejahteraan diri dan hala tuju pembangunan negeri," ujarnya lagi.

Pada program itu, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Skim dan Ehsan Pendidikan (SDEP) Yayasan Pelajaran MARA (YPM), program bantuan kewangan one off untuk pelajar yang berkelayakan bagi meringankan beban pengajian pelajar.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.