DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Perasmian Sunway Medical Centre Ipoh.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh tetamu yang hadir
IPOH, 29 Oktober 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Sunway Medical Centre Ipoh di No.2, Persiaran Sunway, Sunway City, di sini.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Rasiah binti Md. Nor serta YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah.
Turut hadir, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Sir Dr. Jeffrey Cheah, Pengasas Sunway Group serta YBhg. Dato’ Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare Group.
YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad dalam sembah ucapannya berkata, pembukaan Sunway Medical Centre Ipoh menjadi mercu tanda baharu dalam pembangunan sektor kesihatan di negeri ini.
“Hospital ini bukan sahaja memperluas capaian rawatan moden kepada rakyat, malah memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan negeri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan profesional dan teknikal,” ujar beliau.
Sementara itu, YBhg. Dato’ Lau Beng Long, dalam sembah ucapan aluannya berkata, hospital baharu ini merupakan hospital kelima di bawah rangkaian Sunway Healthcare dengan pelaburan melebihi RM430 juta, dilengkapi 259 buah katil serta kemudahan moden termasuk PET-CT Scanner dan Mako SmartRobotics System yang pertama di Perak bagi tujuan diagnosis kanser dan pembedahan sendi berteknologi tinggi.
Tambahnya lagi, pembangunan Sunway City Ipoh yang turut menempatkan The Banjaran Hotsprings Retreat, Lost World of Tambun, serta projek baharu Pusat Beli-Belah Sunway Ipoh akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat serta menjadikan bandar raya Ipoh sebagai destinasi pelancongan dan kesihatan unggul di Malaysia.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.