Sesi Libat Urus Berkaitan Isu-Isu Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara.
Ketibaan YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi disambut oleh Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak
IPOH, 22 Januari 2026 - YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Berkaitan Isu-Isu Dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan pentadbiran serta kewangan negeri.
Selain itu, ia merupakan antara pendekatan strategik Jabatan Audit Negara (JAN) selaras dengan pindaan Akta Audit 2024, yang memperkukuh peranan Ketua Audit Negara dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti pengurusan kewangan awam di semua peringkat pentadbiran.
Kerajaan Negeri Perak menyambut baik usaha ini sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara JAN dan kerajaan negeri dalam meningkatkan kecekapan, integriti serta tadbir urus berasaskan prinsip ketelusan dan tanggungjawab bersama.
Hadir sama, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin @ Nordin; Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; ketua-ketua jabatan negeri serta wakil-wakil delegasi Jabatan Audit Negara dan Kerajaan Negeri Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.