DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Penutup Hadiah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak : 29 Januari 2026.
Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
IPOH, 29 Januari 2026 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H/2026M di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, di sini.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah; YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato' Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid.
Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor serta YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.
Turut hadir, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah bin Hj Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Pada majlis tersebut, Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali dan Puteri Kalimatul Azzua binti Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak 1447H/2026M.
Kedua-dua qari dan qariah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000, serta plak penghargaan.
Sementara itu, bagi kedudukan naib johan dan tempat ketiga qari, gelaran tersebut disandang oleh Mohd Kamaruzan bin Daud dan Mohamad Sahran bin Dato’ Hj Termizi.
Bagi kategori qariah pula, Nurul Syafiqah binti Nardi dan Siti Syahirah binti Isa telah dinobatkan sebagai naib johan dan tempat ketiga.
Naib johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM9,000 manakala tempat ketiga membawa pulang sebanyak RM7,000 serta plak penghargaan.
Manakala bagi kategori hafazan 1 hingga 30 juzuk, johan berjaya dirangkul oleh Muhammad Ammar Daniel bin Ahmad Sukry bagi kategori lelaki dan Siti Sarah binti Muhammad Hanif bagi kategori perempuan.
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000, serta plak penghargaan.
Bagi kategori hafazan 1 hingga 20 juzuk lelaki dan perempuan, gelaran johan berjaya diraih oleh Muhammad Firdaus bin Muhd Danial dan Nur Nabila Syafiqah binti Mus Irwan, masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 serta sijil penghargaan.
Dalam perkembangan sama, qari dan qariah terbaik bakal mewakili negeri Perak ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK), yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 18 April 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.