Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar : 28 Februari 2026.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 28 Februari 2026 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YDH. Toh Maharaja Indera, Dato' Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar; YBrs. Encik Azrul Sani bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Kangsar; YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar serta YB Dr. Hashim bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Bukit Chandan.

Baginda berdua berkenan meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau suasana bazar yang menjadi tumpuan warga setempat sepanjang bulan Ramadan.

Dalam lawatan tersebut, baginda turut berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa termasuk kuih-muih tradisional.

Selain itu, baginda berdua turut berkenan beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung yang hadir.

Keberangkatan baginda berdua menceriakan suasana bazar apabila para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama

Lawatan berkenaan mencerminkan keprihatinan baginda berdua terhadap aktiviti ekonomi rakyat serta sokongan berterusan institusi diraja terhadap peniaga kecil dan sederhana, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Jumaat 17 April 2026, 09:34:37.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.