Kunjungan Hormat Razak School Of Government Ke Atas YB SUK Perak : 21 Mei 2026.
Hadir sama dalam sesi tersebut adalah Encik Ismail Johari bin Othman
IPOH, 21 Mei 2026 – Razak School of Government (RSOG) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Delegasi RSOG diketuai oleh YBrs. Dr. Wafi Nazrin bin Dr. Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Encik Ismail Johari bin Othman, Ketua Program Kanan.
Kunjungan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dalam menjayakan pelbagai program pembangunan kepimpinan dan pengukuhan tadbir urus.
Selain itu, pertemuan berkenaan turut menjadi platform bagi membincangkan potensi kerjasama strategik yang boleh diterokai pada masa hadapan, khususnya dalam aspek pembangunan modal insan, latihan kepimpinan serta pengukuhan kompetensi penjawat awam.
Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai keperluan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi latihan dan pentadbiran kerajaan bagi memastikan pembangunan bakat kepimpinan yang lebih mampan serta selari dengan keperluan semasa.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh hubungan strategik bersama institusi berkaitan bagi menyokong agenda pembangunan negeri dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.