DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Masjid Al-Muhajirin, Takbir Raya Aidiladha : 26 Mei 2026.
Baginda berkenan bersalaman bersama para jemaah di masjid berkenaan
IPOH, 26 Mei 2026 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Al-Muhajirin, Kampung Ulu Chepor, Chemor, di sini.
Ketibaan baginda disambut oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara).
Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah bin Hj. Abd. Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk); YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk); YDH. Toh Amar Seri Diraja, Dato' Seri Ayob bin Hashim, Setiausaha Dewan Negara Perak; SS Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak; Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta serta ketua-ketua jabatan negeri.
Sebaik keberangkatan tiba, baginda berkenan menyempurnakan majlis perasmian dengan menarik tirai dan menandatangani buku perasmian.
Seusai perasmian, baginda turut berkenan menyertai para jemaah mengalunkan takbir Hari Raya Aidiladha dan seterusnya menunaikan solat Isyak bersama kira-kira lebih 400 orang para jemaah.
Masjid Al-Muhajirin dibina pada tahun 2018 manakala beroperasi sepenuhnya bermula Mac 2025.
Ia dibina dengan kos sebanyak RM6 juta dan boleh memuatkan seramai 1,200 orang jemaah.
Masjid ini turut mempraktikkan konsep lestari dengan menanam pelbagai jenis pokok antaranya pokok kelapa, matoa, serai dan pisang.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.