595 Calon Berjaya Mendapat Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-Anak Perak – 16 Januari 2014

IPOH, 16 JANUARI 2014 - Seramai 595 orang calon yang bertuah telah berjaya mendapat tawaran Pinjaman Biasiswa Pengajian Tinggi Anak- Anak Perak bagi sesi 2013/2014 daripada keseluruhan 1885 orang yang telah memohon.
Jumlah keseluruhan calon yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pengajian Tinggi bagi sesi 2013/2014 adalah meliputi setiap peringkat pelajar iaitu pelajar dalam bidang diploma seramai 156 orang, sarjana muda 437 orang dan pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 2 orang.
Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dr. Muhammad Amin bin Zakaria permohonan pelajar bagi sesi pengajian 2013/2014 didapati meningkat sebanyak 20 peratus dan daripada 595 pelajar yang terpilih bagi sesi 2013/2014, 523 orang daripadanya adalah berbangsa Melayu dan selebihnya adalah bangsa bukan Melayu.
Menurut YB Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, kadar pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang berjaya adalah mengikut peringkat pengajian yang mereka ikuti. Berikut adalah kadar pinjaman yang diberikan mengikut amaun per semesta, Diploma ( RM 2,500.00), Sarjana Muda Sains ( RM 3,250.00 ) Sarjana Muda Sastera ( RM 3,000.00), Sarjana Muda Quest ( RM 7,500.00), Sarjana (RM 5,000.00) dan Ph.D (RM 7,500.00).
YB Dr. Muhammad Amin bin Zakaria berharap pelajar yang telah menerima pinjaman dan kepada semua 595 orang peminjam bagi sesi 2013/2014 ini peka dengan tanggungjawab membayar balik pinjaman selepas tamat pengajian bagi menjamin kelangsungan sektor pendidikan kerajaan negeri perak di masa hadapan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.