Sidang Dun Perak Mula 21 November Depan : 16 November 2017

YB Dato' S.Thangasvary menyampaikan pas media kepada salah seorang kakitangan agensi media berbahasa Cina.
IPOH, 16 NOVEMBER 2017 - Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet Negeri Perak 2018 akan dibentangkan pada Persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 bermula 21 Nov ini.
Speaker DUN Perak, YB Dato’ S. Thangesvary berkata, semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang akan diberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang berkenaan.
"Kali ini tiada tarikh akhir persidangan ditetapkan kerana ia bergantung kepada kelancaran mesyuarat. Mungkin akan bersidang selama lima atau enam hari, bergantung pada sesi perbahasan," katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha DUN Perak, Encik Shahrul Azam Bin Shaari. Beliau berkata, setiap ADUN turut diingatkan supaya bersikap matang dan menjaga tingkah laku sepanjang sesi persidangan DUN.ÂÂÂÂ
Beliau berkata orang ramai yang berminat untuk menyaksikan sesi persidangan DUN Perak secara langsung boleh mengikutinya di YouTube melalui carian DUN Perak November 2017.
|
|
YB Dato' S.Thangasvary menunjukkan pas media yang akan digunakan oleh para wartawan yang membuat liputan pada Sidang DUN Negeri kali ini. |
|
|
YB Dato' S.Thangasvary menyampaikan pas media kepada salah seorang kakitangan agensi media berbahasa Tamil sempena Sidang DUN. |
|
|
YB Dato' S. Thangasvary ketika berucap dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan. |
|
|
YB Dato' S.Thangasvary menyampaikan pas media kepada salah seorang kakitangan agensi media berbahasa Melayu yang akan membuat liputan sempena Sidang DUN. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.