10,000 Hadiri Ceramah Perdana Ustaz Kazim : 5 Februari 2018

Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan program ceramah berkenaan
BAGAN SERAI, 5 FEBRUARI 2018 - Lebih 10,000 individu terdiri di kalangan masyarakat setempat menghadiri ceramah perdana pendakwah bebas terkenal, Dato’ Mohd Kazim Bin Elias di padang Sekolah menengah Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang.
Program Anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Darul Ridzuan (KADIR) bermula sekitar jam 6.30 petang didahului dengan alunan qasidah daripada pelajar-pelajar Tahfiz Al-Ansori diikuti solat maghrib dan isyak.
Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan; YBrs Pengerusi KADIR, Dato’ Azhar Bin Ahmad; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, YA Tuan Mohd Asri Bin Mohamad Ghazali; Pegawai Daerah Kerian, Encik Mohd Sabli Bin Bakri dan Pengetua SMK Raja Lope Rashid, Puan Halimah Binti Said.
YB Dato’ Seri Abdul Puhat dalam ucapannya berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada KADIR dan Pejabat Daerah Kerian kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program berkenaan.
Menurut beliau, sebagai anak kelahiran Tanjung Piandang beliau turut gembira dengan kehadiran ribuan masyarakat yang datang beramai-ramai ke ceramah berkenaan.
|
|
YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika menghadiri ceramah Dato' Mohd Kazim Bin Elias. |
|
ÂÂÂÂ
|
YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan beramah mesra dengan Dato' Mohd Kazim Bin Elias selepas program ceramah berlangsung.  |
|
|
YBhg. Dato' Mohd Kazim Bin Elias memimpin bacaan doa selepas tamat program ceramah yang dilangsungkan. |
|
|
YBhg. Dato' Mohd Kazim Bin Elias menerima cenderahati daripada wakil penganjur. |
Sumber : Korporat, SUK Perak.





Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.