Skip to main content

Majlis Sukan Negeri

  1. Profil Bahagian
  2. Visi, Misi dan Objektif
  3. Fungsi
  4. Carta Bahagian
  5. Perkhidmatan

Majlis Sukan Negeri Perak
Aras 2, Wisma MSN Perak,
Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak

Tel: 05-5478885
Faks: 05-5476885
Johari Sham Bin Ahmad Shohor Affendi
Pengarah
Majlis Sukan Negeri

VISI

Untuk mewujudkan jabatan sebagai agensi sukan dengan memberi tumpuan penuh terhadap pembangunan dan kemajuan sukan selaras dengan cogan kata “Kearah Kecemerlangan Sukan.

MISI

Untuk memberi perkhidmatan dan kepuasan kepada Persatuan Sukan Negeri, Majlis Sukan Daerah dan Agensi-agensi Sukan di Negeri Perak serta mengangkat Negeri Perak sebagai sebuah kuasa sukan di Malaysia.

OBJEKTIF

Memajukan sukan dengan mengadakan kemudahan yang cukup serta mengawal selia Persatuan Sukan Negeri dan Agensi-agensi Sukan demi meningkatkan prestasi sukan Negeri Perak.

FUNGSI

  • Mengawalselia Persatuan Sukan dan Agensi Sukan Peringkat Negeri Perak.
  • Mengadakan program-program Pembangunan Sukan ke arah pemantapan organisasi seperti menganjurkan program pembangunan dan mengenalpasti atlet yang berbakat serta mengendalikan Program Sukan Pilihan.
  • Menyediakan Pusat Latihan dan Pusat Cemerlang di seluruh daerah.
  • Merancang dan melaksanakan persiapan Kontinjen menghadapi SUKMA pada setiap 2 tahun sekali.
  • Mengelolakan kursus / klinik / seminar untuk jurulatih-jurulatih bagi meningkatkan pengetahuan jurulatih di dalam bidang sukan.
  • Melaksanakan Program Rakan Sukan di seluruh daerah.
  • Menyalurkan bantuan Geran TahunanSkim Insentif dan Bantuan Kewangan bagi menyertai dan mengendalikan kejohanan-kejohanan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menganalisa dan menyokong bantuan pelajaran kepada atlet-atlet cemerlang dalam bidang akademik dan sukan melalui Tabung Kebajikan Atlet Negeri Perak.
  • Menjalankan tugas-tugas Urus Setia Majlis Sukan Negeri dan bertanggungjawab kepada Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Perak.
  • Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada atlet-atlet cemerlang dan penggerak sukan melalui Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak yang menjadi agenda tahunan/rasmi setiap tahun.

Klik di sini untuk paparan lebih jelas.

Perkhidmatan

1) Sukan Malaysia (SUKMA)

Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia. SUKMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition) dan berkonsepkan ‘Mini Sukan Olimpik’ di Malaysia yang melibatkan atlit remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut: INFO SUKMA

2) Sukan Perak (SUPER)

Sukan Perak atau lebih dikenali sebagai SUPER merupakan program Kerajaan Negeri Perak yang dilaksanakan melalui Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan sukan negeri. Sukan Perak adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi sports event) yang dipertandingkan antara daerah-daerah dalam Negeri Perak dan diadakan secara dwi tahunan berselang-seli dengan tahun penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan penyertaan atlit adalah dibawah umur 20 tahun.

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut: INFO SUPER

3) Anugerah Sukan Negeri Perak

Suatu panduan peraturan yang ditetapkan berhubung dengan Anugerah Majlis Sukan Negeri Perak sesuai dengan peruntukan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 untuk menentukan syarat pencalonan dan pemilihan Anugerah pembentukan Jawatankuasa dan lain-lain perkara yang berkenaan.

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut: INFO ANUGERAH SUKAN NEGERI PERAK

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.