
e-Penyertaan meningkatkan ketelusan dan melibatkan rakyat dalam pembangunan dasar dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
e-Informasi
e-Informasi menyediakan kemudahan maklumat penting yang diperlukan oleh rakyat Negeri Perak.
- Aduan
- Pendidikan
- Perumahan
- Kesihatan
- Bantuan
- Peluang Pekerjaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan maklumat tersebut, sila klik di sini.
e-Perundingan
e-Perundingan adalah usaha organisasi untuk menganjurkan sesi perundingan secara dalam talian dalam memberikan maklumat kepada rakyat. Antara inisiatif ePerundingan yang telah disediakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut :
- MyThought
MyThought juga adalah satu ruang dimana rakyat Malaysia dapat menyumbangkan idea dan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia dalam menuju misi dan visi yang diamanahkan. Idea yang bernas dan boleh diketengahkan ini akan dijadikan landasan bagi segala cabang segi yang dapat menjamin kebajikan pekerja, majikan dan kesatuan.
http://app1.mohr.gov.my/mohrideas/ - Hari Bertemu Pelanggan
Program ini adalah satu inisiatif yang diadakan untuk membuka ruang seluasnya kepada masyarakat dalam menyalurkan aduan serta mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Antara agensi yang telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian adalah:
- Bank Idea Belia
Satu program yang telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dijadikan medium yang tepat bagi belia menyalurkan pendapat, idea, isu dan permasalahan.
- Sesi Bajet Konsultasi
Mendapatkan pandangan daripada pihak Swasta, NGO, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan, Institusi Kewangan dalam menghasilkan bajet tahunan negara. (Proses dilakukan secara manual dan dapatan akan dipaparkan di portal).
- Unified Public Consultation (UPC)
Kerajaan telah menubuhkan satu portal Unified Public Consultation (UPC) untuk memudahkan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. UPC menyediakan kemudahan perundingan pengawalseliaan kepada rakyat melalui laman web tunggal. UPC juga akan menyumbang dalam meningkatkan komitmen Kerajaan terhadap akauntabiliti, ketelusan dan inklusif.
Maklumat lanjut berhubung UPC boleh dilayari di http://upc.mpc.gov.my
Sumber dari Portal Malaysia Gov
e-Keputusan
- Tahun 2023 - Bagi Tempoh Januari Sehingga Mac 2023
- Analisis Kajian Kepuasan Pelanggan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak