Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

  1. Profil Bahagian
  2. Visi, Misi dan Objektif
  3. Fungsi
  4. Carta Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh Perak

Tel: 05-2095000 samb. 5348
Faks: 05-2413687
Meor Shahibul Fadilah bin Zainuddin
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
 

VISI

Ke arah Pengurusan Sumber Manusia yang berketrampilan di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak selaras dengan perkembangan ICT dan globalisasi Perak Maju 2015.

MISI

Menggerakkan jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri dengan menyediakan anggota perkhidmatan awam yang terlatih dan kemudahan yang lengkap serta menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya.

OBJEKTIF

Untuk menyedia, mengurus dan membangunkan Sumber Manusia yang terlatih dan berpengetahuan tinggi berasaskan pendekatan inovatif, kreatif dan strategik, ke arah mewujudkan warga perkhidmatan awam yang cemerlang dan organisasi yang efektif serta mampu menghadapi cabaran.

Pembangunan Organisasi

1.

Mengkaji program dan aktiviti Pejabat SUK dan agensi di bawahnya supaya tidak berlaku pertindihan fungsi.

2.

Mengkaji keperluan dan pewujudan jawatan baru.

3.

Merancang pembangunan organisasi Pejabat SUK.

4.

Mengkaji pemansuhan jawatan, penggredan dan tukar lantik jawatan bagi jabatan / agensi.

5.

Mengurus data perjawatan jabatan / agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

6.

Mengurus/menyelaras/memantau pelaksanaan HRMIS bagi jabatan/agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Perkhidmatan

1.

Mengurus pengambilan jawatan di bawah perwakilan kuasa SPA Negeri.

2.

Mengurus pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen.

3.

Mengurus penyemakan penyata perubahan.

4.

Merancang dan menguruskan penempatan pegawai dan anggota.

5.

Menguruskan permohonan keluar negara.

6.

Urusan pencen dan penerimaan faedah persaraan mengikut syarat-syarat perkhidmatan.

7.

Kesemua cuti berdasarkan Perintah Am Bab C.

8.

Penyelarasan gaji.

9.

Pinjaman / tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara.

10.

Menguruskan pengambilan jawatan kontrak dan sambilan.

11.

Urus setia Mesyuarat pasukan Petugas Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam Negeri Perak.

12.

Menguruskan penwartaan bagi Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Majistret Kelas 2 dan Timbalan Pendaftar.

Latihan dan Kompetensi

1.

Merancang, mengenalpasti dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan dalam dan luar negara yang bersesuaian.

2.

Membangun kurikulum dan program latihan.

3.

Mengendali, menyelaras dan menyelia peperiksaan dalam perkhidmatan dan jabatan.

4.

Mengendali kursus-kursus Induksi Khusus dan Umum.

5.

Kompetensi.

6.

Merangka kemajuan kerjaya dan menyediakan Succession Planning bagi skim-skim perkhidmatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri.

7.

Menyelaras Program Latihan Khidmat Negara (Modul Khidmat Masyarakat).

8.

Menguruskan hal ehwal kewangan.

Pengurusan Prestasi dan Kaunseling

1.

Pengurusan tatatertib.

2.

Pengisyhtiharan harta.

3.

Urusetia Jawatankuasa Keutuhan.

4.

Urusetia Panel Pergerakan Gaji.

5.

Kaunseling.

6.

Pengurusan prestasi.

7.

Pengurusan hubungan kerja / pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang / anjakan gaji.

8.

Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia.

9.

Merancang, melaksana dan menyelaras urusan tanggung kerja, kenaikan pangkat dan pemangkuan.

Integrasi dan Inovasi

1.

Menyelaras Program Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri.

2.

Menyelaras Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

3.

Penyelarasan MS ISO 9001 : 2008 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

4.

Mengurus program inovasi dan integriti jabatan / agensi negeri.

5.

Pemantauan Key Performance Indicator (KPI).

6.

Mengendalikan Program Pelan Integriti Nasional (PIN).

Klik carta di atas untuk paparan lebih jelas.