Skip to main content

YAB Menteri Besar Hadir Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2022 PCCCI

YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan

IPOH, 3 FEBRUARI 2022- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama isteri, YBhg. Datin Seri Aezer Zubin menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Hotel Weil, di sini.

Ketibaan beliau pada jam 10.00 pagi disambut barisan kepimpinan PCCI yang diketuai oleh Presiden PCCCI, Dato’ Liew Chee Ming.

Majlis yang disambut dengan penuh meriah itu diserikan lagi dengan tarian singa dan persembahan lain dengan kehadiran kira-kira 300 orang mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Dalam majlis itu, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama tetamu lain turut melakukan upacara menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik untuk memperoleh nasib yang baik dan  kesejahteraan.

Hadir sama, YB Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato' Dr. Mah Hang Soon;  YB Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh; YB ADUN Aulong, Nga Kor Ming dan YB ADUN Canning, Jenny Choi.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.