DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Tunai Solat Sunat Aidiladha.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan berangkat ke Solat Sunat Aidiladha
IPOH, 10 Julai 2022 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II di sini.
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa serta DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad; Y.A.Bhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Y.A.Bhg. Jen.(B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zahidi Haji Zainuddin; YABhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar Zaini serta Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
Usai menunaikan Solat Sunat Aidiladha, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah (SIS) di sini.
Turut berangkat dalam majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Berangkat sama, DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan DYTM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.