Skip to main content

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri 5.

YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad merasmikan Bas Jabatan Perubatan Transfusi HRPB di pekarangan Stadium Indera Mulia.

IPOH, 12 Jun 2023- Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 siri ke-5 di Stadium Indera Mulia, petang ini.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, selain daripada 92 kaunter khidmat pelanggan yang disediakan, siri kali ini merupakan salah satu pengisian Program Pesta Budaya Nusantara@Ipoh 2023 dan Pameran Kereta Klasik anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang berlangsung sejak 10 Jun sehingga malam ini.

“Penganjuran program bersempena ulang tahun Bandaraya Ipoh ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Ipoh 2023 melalui program kesenian dan kebudayaan masyarakat.

“Ia melibatkan gabungan persembahan dari Bandaraya Nanning, China dan Kota Medan, Indonesia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,” jelas beliau ketika sidang media selepas program berkenaan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad turut merasmikan Bas Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di pekarangan Stadium Indera Mulia.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000.

Menurut kenyataan media dari pihak HRPB, Bank Kerjasama Rakyat turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.

Bas ini bertujuan untuk menjimatkan tenaga kerja dan kos operasi kerana kelengkapan barang dan anggota dapat dibawa bersama berbanding sebelum ini  yang dua buah van derma darah perlu digunakan dan secara tidak langsung dapat memberi promosi bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.